Monday, April 26, 2010

Gua Tengah Pikir

Macam mana nak apdet blog dari tempat kerja tanpa orang lain tengok.

Maklumlah, kerja aku dari pukul 8 sampai 5 ialah menghadap komputer. Jadi aku rasa, ini peluang baik untuk aku apdet blog banyak banyak.

Tetapi masalahnya, aku tak boleh menulis kalau ada orang tengok.

Ok, aku rasa ada orang tengok aku sekarang. Beredar!

Saturday, April 24, 2010

Siri KJ: Bina Masjid

Entri sebelum ni cerita pasal KJ dah. Tapi kali ini KJ di CDR pula.

Baru baru ini, aku agak keliru dengan perasaan sendiri apabila membaca berita bahawa seorang rakan blogger akan kahwin lagi. Aku keliru dengan perasaan sendiri. Terkejut. Tumpang gembira. Tak percaya. Keliru.

Semalam, solat Juma'at dekat masjid MARDI. Aku tak tau apa nama masjid tu, tapi kawan aku cakap masjid MARDI. Tak berapa dengar sangat khutbah dia, sebab sibuk duk layan panas. Berpeluh juga lah walaupun cuma duduk je dengar khutbah.

Dekat dekat nak penghujung khutbah baru aku dengar dia punya kesimpulan. Dia cuba kaitkan, perkahwinan yang kita panggil membina masjid, dengan membina masjid secara realiti.

Secara kesimpulannya, dalam realiti, andaikata sebuah masjid itu terbina, maka banyaklah perkara perkara baik yang dapat kita susuli selepas itu. Seperti, solat jema'ah, majlis ilmu, gotong royong, dan banyak lagi. Macam macam benda benda baik dapat diterbitkan dan diteruskan.

Begitu juga dengan perkahwinan. Sebaik terdirinya 'masjid' tersebut, maka kita dapat melakukan lebih banyak benda baik. Kalau dulu benda yang baik dibuat secara berseorangan. Tetapi setelah terbinanya masjid tersebut, perkara perkara yang baik dapat dilakukan secara bersama sama.

Semakin banyak perkara yang baik dapat dilakukan setelah terbinanya 'masjid' seperti si suami mencari nafkah untuk keluarga, si isteri dapat berkhidmat untuk keluarga, dapat anak, anak diasuh, dididik, dikasihi.

Semakin mudah nak buat benda baik. Kan?

Wednesday, April 21, 2010

Latihan Industri

"Matematis Muda," satu suara panggil.

Aku berpaling. Angkat kening.

"Kamu?" Aku angguk.

"KJ nak jumpa kat atas,"

Aku terkejut. "Hah?"

"KJ panggil. Dia nak jumpa jap."

"KJ?"

"Ketua Jabatan la,"

"O, ok."




Mati mati aku ingat KJ 'tu' ada kat sini haha.

Oh ya, aku buat latihan industri alias praktikal kat UPM ni. Ada mana mana pemblog dekat area sini? Mungkin boleh bersemuka, bersuai kenal.

Farah
, kau dekat hospital atau dekat sini? Atau dah habis?

Saturday, April 17, 2010

Peluh

Malam tadi, kawan aku kol ajak main futsal. Jam 11 katanya. Aku setuju tanpa bahas.

Selaku manusia yang kuat makan lebih lebih lagi apabila keseorangan di rumah di musim cuti ini, aku rasa aku perlu keluarkan peluh sedikit. Petang petang tak dapat nak main bola, padang kena conquer dengan budak sekolah. Jadi, selaku kaki bola, peluang sebegini jangan ditolak.

Jam 1045 kami sampai dekat tempat futsal tersebut. Lepak di cafe bersebelahan sambil pakai kasut sambil borak.

Jam 11, team dari court yang aku tunggu tu keluar. Geng geng baju merah. Diorang duduk di meja bertentangan dengan meja kami. Aku baru siap pakai kasut sebelah kanan.

Tiba tiba member aku cakap, "Itu bukan dia tu ke?'

Aku yang tengah ikat kasut kaki kiri angkat kepala tengok meja sebelah. Scan muka muka yang ada, lantas membalas, "Siapa? Tak kenal pun,"

"Ah betul lah. Geng geng dia la ni." member aku balas sambil terus melihat geng geng baju merah tadi.

Aku selesaikan ikatan kasut dan perhatikan betul betul. Tengok punya tengok. Perhati punya perhati. Teliti punya teliti. Aku nampak sorang brader pakai baju MU. Aku berbisik dalam hati, "Macam kenal."

"Ko cam tak?" Member aku tanya lagi.

Aku tanya, "Siapa?"

"Tomok la,"



Kami pun berjalan masuk court lalu menyepak bola dengan penuh lunak sekali.

Sunday, April 11, 2010

Tahukah Anda?

Menguap dan berdehem adalah berjangkit. Maksudnya, kalau kita tengok atau dengar seseorang itu berdehem atau menguap, kita ada tendency untuk berbuat demikian juga.

Benda alah tu panggil apa ye? Kuasa minda?

Tapi tak kisah lah. Sebab aku baru tengok video ekspresi muka si jakon ini. Kalau kita ghalit tengok video dia tu, mungkin kita akan turut ikut mengangkat kening. Haha. Ok, putri, video kau, adalah, hilarius! Haha.

Jadi, setelah menonton video tersebut aku teringat satu video yang membuat aku terikut perbuatan wataknya. Iaitu seekor kucing.

Tahu dia buat apa?

Dia menganga.

Ya. Menganga. Aaaa.

http://www.youtube.com/watch?v=dZf2hUIuwRI

Gagak Dalam LRT


http://www.youtube.com/watch?v=aUa6roo5qHQ

Bukan. Ini bukan video pasal gagak dalam LRT. Video ini pasal merpati dalam subway.

Apa yang best tentang video ini ialah merpati tersebut dengan slumber dan penuh yakinnya keluar dari tren apabila sampai stesen dia. Tanpa was was!

Bayangkan. Kalau di Malaysia.

Tuesday, April 6, 2010

Entri Bola?

Mungkin tidak.

Aku tak larat. Jadi lain kali sahaja.

Lagi pun, cerita 3 hari lepas dah basi dah. Kan?

Ok, exam dah habis. Justeru?

Haruslah qadha tidur dulu. Babai~

Sunday, April 4, 2010

Definisi

April 2. Malam. Gua tengah bercakap telefon dengan Bapak pasal agreement untuk BlackBerry. Bincang punya bincang, tiba tiba mata gua terpandang atas lalu nampak bulan celah celah pokok. Gua pun lari masuk dalam bilik capai kamera. Kepit telefon antara telinga dan bahu. Dan sambil bercakap sambil tangkap gambar.






Lepas tangkap gambar ni semua, gua dah ada definisi baru tentang bulan. Bulan ni cantik. Bukan sebab dia putih, bukan sebab dia berseri seri, bukan sebab dia bulat. Dia cantik sebab dia bulan. Maksud aku sebab peribadi dia tu dah cantik.

Sama juga dengan manusia. Perempuan putih tak semestinya cantik. Rambut panjang tak semestinya cantik. Muka cantik perangai hudoh pun tak cantik.

Ok, cantik tu sabjektif.

Tapi, untuk sesiapa yang ada kekasih hati. Gua percaya dia suka kekasih dia bukan sebab rupa sahaja. Walaupun bulan berkawah sana sini, tapi dia tetap cantik. Peribadi bulan itu sendiri cantik.

Gua rasa gua dah melalut ni. Elok kita terus ke kesimpulan terus. Kesimpulannya, bulan ni macam perempuan. Menggoda. Dayem!



notakaki: Gua ada periksa esok dan lusa. Dua dua kertas maut punya. Jadi, gua kena fokus. Kalau ada rezeki, lusa malam gua apdet pasal MU Chelsea. Kita jumpa di sini.

notakepalakaki: Gua saspek linesman game malam tadi main fantasy football. Dia ada Drogba. Sebab tu dia kasi can Drogba skor. Hantu betul!

notahujungkaki: Aku pun tak tau kenapa tiba tiba ganti nama diri aku jadi gua dalam entri ni. Mungkin sebab MU kalah. Baik gua gi sambung stadi.

Tengok, gua lagi. Siyal punya ref!

notaberapabanyaknotadaa: Kalau klik dekat bulan, nanti boleh nampak gambar 3D. Siriyes.

Friday, April 2, 2010

Teknoloji


"Wah, wajah anda berseri seri bagai bulan purnama."
"Hang perli aku ka? Tau la muka aku banyak kawah. Hang kata macam bulan pulak."
"Hehe,"



Dulu orang tau bulan sifat dia berseri je. Orang tak tau sangat yang hakikat ianya berkawah lopak sana sini.

Pun begitu, hingga ke hari ini kita masih mampu menikmati berserinya bulan di tengah malam gelap. Setiap sebulan sekali. Andai awan tidak berdengki.

Gambar bulan ni aku ambil jam 6 pagi. Aku tangkap guna kamera dijital aku dengan kelajuan shutter 1/60 saat dan aperture 6.3. Lepas tu crop setakat mana yang boleh, dan bajet nostaljik dengan meletakkan tulisan tulisan begitu.

Wednesday, March 31, 2010

Kreativiti

Hari tu dekat universiti tempat aku belajar ni, diorang keluarkan pengumuman yang mulai semester depan, pelajar lelaki tidak akan diberi tempat di kolej kediaman atas sebab sebab tertentu.

Lepas dapat berita tu, ramai la yang frust dan kecewa. Tak kurang juga yang maki hamun, sumpah seranah dan sebagainya. Aku tak lah emo sangat. Sebab aku fikir benda sebegini dah normal di IPT lain. Cuma, aku perlu akui yang aku agak kecewa la dengan pihak pengurusan universiti. Tapi takpe.

Aku bukan nak bercakap pasal benda ni sangat pun. Aku tak kisah sangat pun. Yang aku kisah ialah pasal benda lain. Ini cerita sebenarnya.

Macam aku cakap tadi, ramai yang hangin. Jadi, aku follow the flow, aku lempiaskan protes aku dengan meng'photoshop' poster filem filem tertentu secara sinis terhadap pihak atasan. Lepas edit, letak kat Facebook, tag semua orang haha.

Lepas pada tu, ramai la yang komen poster tu. Ada beberapa orang yang puji dan cakap terbaik, smart, kreatif dan sebagainya. Of kos la kembang semangkuk kejap haha. Tapi aku terlintas dekat kepala bila orang cakap kreatif.

Bermula dari pusat asasi, aku banyak buat hasil hasil kerja yang memerlukan kreativiti. Kreativiti dari segi design mendesign seperti buat poster, logo, design tag nama, dan sebagainya. Ada gak aku buat filem pendek, montaj dan benda benda lebih kurang, tapi itu kurang tepat dengan tajuk perbincangan kita hari ini. (Cewah)

Aku harus akui, aku sangat pening kepala bila diberi tugas untuk design mendesign ni. Walaupun aku suka, tapi aku bukanlah jenis yang dari kecik kalau bagi pensil warna suruh lukis lembu, jadi lembu. Kadang kadang jadi kambing atau kuda. Yang selalunya jadi kucing atau arnab. Tapi aku suka dengan benda benda design ni.

Bermula masa dekat sekolah dulu, aku berkawan dengan budak redaksi sekolah. Malam malam lepak kat bilik redaksi tengok diorang buat kerja. Aku kagum dengan ketekunan diorang. Dari nak buat cover majalah, hinggalah ke layout setiap muka surat. Semua diorang buat sendiri secara terperinci.

Eh, apa aku cerita ni. Jap, nak ingat balik motif asal entri ni. Ok, ingat dah.

Ok, aku nak cakap, sekreatif mana pun orang tu, mesti akan tensyen gak bila tak dapat idea untuk design diorang. Tak kisah lah design artwork ke, design calender ke, design cupcakes ke, apa apa. Kalau diorang nak hasilkan sesuatu yang marvellous, diorang akan tekun memerah otak.

Tapi pernah tak kita tengok alam semesta ni sebagai satu design. Penguin warnanya begitu dan dia hidup di tempat begitu. Unta warnanya sedemikian dan dia hidup di tempat sedemikian. Katak warnanya begini, kulitnya begini, dia lepak dekat tempat tempat begini.

Tiada satu pun kita rasa tak masuk. Semuanya sesuai dan padan. Kalau tak kena dengan jiwa kita pun, kita tidak akan rasa ia teruk. Kalau kita nampak pelik pun, kita akan dapati ia pelik tapi menarik. Tidak seperti fesyen Lady Gaga.

Jadi mari kita hayati keindahan ciptaan Tuhan ini. Sayangi bumi, Earth Hour bukan sejam hari tu je. Laptop biar on 27 jam sehari pun tak Earth Hour mana. Banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk menunjukkan kasih sayang kepada Bumi.

Sebagai contoh, tengok dia ni.