Sunday, October 5, 2008

Kamu Kenal Cheetara?

Dulu masa kecik
sebelum aku kena appedicitis
kawan-kawan gelarkan aku
cheetara

Sebab zaman tu
cerita thundercat tu
cam femes amos a

and among jiran tetangga aku
aku lari paling laju
laju giler!
masa aku darjah satu darjah dua
aku boleh tinggal selambe je yang darjah tiga darjah empat

Power kan?

Tapi tu cerita dulu la
hehe



Tapi baru ni
bila Magenta mencabar dalam entrinya yang ini
terkejut juga aku bila tengok keputusan nya
heh

Tapi
macam ada krisis identiti jerk
hehe
The Flash ke Green Lantern
Spiderman ke Catwoman
ahax

Your results:
You are The Flash
























The Flash
70%
Green Lantern
70%
Superman
65%
Supergirl
61%
Spider-Man
60%
Catwoman
60%
Wonder Woman
56%
Iron Man
55%
Robin
53%
Hulk
50%
Batman
25%
Fast, athletic and flirtatious.


Click here to take the Superhero Personality Quiz

Saturday, October 4, 2008

MM Kembali Lagi

setelah seminggu bercuti
cuti raya~
hehe

Apa pun
selepas seminggu bercuti di kampung
sebaik pulang ke rumah
macam biasa
qada baca blog la

Berbelas gak tab aku bukak
baca
baca
baca

Tiba-tiba
aku terus sakit hati
tau kenapa?

Sebab aku baca entri ini
siyot punya kawan
dia boleh tak bagitau aku dia pergi situ

Pahtu lek~ je sms pagi raya
mintak maap zahir dan batin

Ah tak kira
ni dosa kau dengan aku lepas raya
raya tahun depan baru aku maap kan

Huh!



notakaki: entri lain tunggu lagi dua tiga hari la. Aku kena kemas rumah dan pergi menziarah rumah makpak sedare dan sepupu sepapat sume dulu. Hepi belated eid guyz~

Wednesday, September 24, 2008

Selamat Hari Raya!

Aku macam suka la
tengok cerita tanyalah ustaz
tv9 jam 0630

Bukan sebab isi dia sangat

Tak tahu lah sebab apa
mungkin sebab
corak latar belakang di dinding
belakang itu kot

Lawa

Ke tak?

Ah pedulik hape aku
aku suka kaler purple
hehe

Semalam
sedang aku lepak depan tivi
lepas Subh
tukar-tukar cenel

Sekali bila sampai cenel tv9
AZ (AZ di baca ae-zek, bukan az) kata

"Ha cerita ni!"

Aku usha dia

"Cerita apa?"


"Asal dengan cerita ni?"

"Ko SMS la dow tanya,"

"Tanya apa?"

"Aaa," dia pikir

"Haa, tanya ada kelas tak pagi ni,"

Aku tengok dia
mata bersinar-sinar penuh harapan
aku ambik henpon




"Pang!!"

Aku baling kat dia



notakaki: Tiada perkhidmatan sms untuk rancangan tersebut, cuma boleh telefon atau email sahaja

notakakikaki: Tiada watak tercedera dalam episod ini. Baik manusia mahupun tivi atau henpon


notatapakkaki: Ini mungkin entri terakhir sebelum raya, maka haruslah topiknya jadi begitu. Dan aku tak rasa akan pos entri baru dalam masa terdekat. Almaklum lah, raya...Siapa pulak nak datang CDR ni time raya-raya. Kan? Jadi kepada pengunjung sekalian, kalau rindu kat MM, tengok jela entri-entri lama di CDR ni ye? Selamat mengejar malam al-qadr!

Monday, September 22, 2008

Bantu Saya!

Tahun ini
adalah kali kedua
aku pakai baju Melayu Raya tiga tahun

Err macam mana nak buat ayat ye

Tahun ini aku pakai baju raya
dua tahun lepas
dan ini kali kedua
aku buat macam ini

Pakai baju raya yang sama untuk tiga tahun berturut-turut

Jadi
bagaimana nak tulis ia dalam satu ayat?

Cepat bantu saya!

Saturday, September 20, 2008

House Season 5 Dah Keluar!

Walaupun aku seorang matematis
tapi cerita House memang aku layan
layan habis a
hehe

Ok
itu bukan tajuk sebenar entri ini

Sebenarnya
aku terperasan satu benda
di bulan Ramadhan ini

Aku tak tahu
kalian bagaimana
tapi di rumah kami ini
aku perasan satu benda

Apa dia?

Kejut Subuh lagi senang dari kejut Zohor
dan kejut untuk Zohor sekarang
macam nak kejut Subuh
huhu

Ini lah padahnya
bila tak tidur di malam Ramadhan
siang jadi malam
malam jadi siang

Haih

Wednesday, September 17, 2008

Semasa 'Cuti'

Ramadhan 2005
semester pertama
aku dalam jurusan Asasi Sains Fizikal

Tahun pertama pengenalan aku dengan dia

Aku ajak dia berbuka bersama
dia bertemankan seorang kawan
aku bertemankan dia
kami bertiga

Ok kita panggil kawan dia sebagai Kay (or K, for Kawan)

Sewaktu berbuka
tiba-tiba perbualan kami
menyentuh pasal 21 Ramadhan
permulaan 10 malam terakhir Ramadhan
malam di mana kita (sepatutnya) mula mengejar lailatulqadr

Dan Kay cakap
"Korang lelaki best lah, takde ABC*. Boleh buat banyak ibadat, qiyam apa sumer,"

Aku tengok Kay
"Kenapa pula?"

"Yela, kitorang punya chance nak jumpa lailatulqadr lagi susah la. Kena time lailatulqadr tu kitorang ABC*, apa je kitorang boleh buat,"

Jenn angguk-angguk
mengalihkan pandangan dari Kay kepada aku
menunggu respon

Aku senyum

"Kita jangan limit kan ibadah kepada qiyam atau solat je," berhenti seketika
suap nasi goreng seafood
Jenn yang rekemenkan menu ini
sedap katanya
sebab banyak melimpah-limpah seafood nya

"Pernah dengar tak cerita pasal Imam Syafe'i yang ada orang jemput dia tidur di rumah sebab nak tengok sendiri bagaimana amalan dia di waktu malam?" aku tujukan soalan kepada Jenn

Jenn geleng kepala tanda tak tahu
aku alih pandangan ke arah Kay sambil angkat kening
Kay pun geleng

"Erm, saya pun tak ingat sangat cerita dia macam mana.." aku ketap bibir sambil cuba perah otak
sudu dan garpu masih dalam genggaman
tapi tak bergerak

"Aa lebih kurang cerita dia macam ni la. Tak silap saya Imam Ahmad bin Hanbal pernah tanya ayah dia mana lagi wara' antara ayah dia dan Imam Syafe'i. Pastu bila ayahnya jawap Imam Syafe'i dia curious la. Sebab ayah dia baek punya wara' pun Imam Syafe'i lagi wara', macam mana, kan?"
dua gadis depan aku angguk-angguk kepala

Aku sedut sedikit air mangga dalam gelas sebelum sambung

"So satu hari tu dia jemput la Imam Syafe'i datang rumah untuk makan malam. Masa makan tu dia tengok Imam Syafe'i makan kemain banyak lagi, licin pinggan. Dia cakap camne punya wara' makan banyak kemain ha. Pastu dia tak puas hati la. So dia suruh ayah dia pujuk Imam Syafe'i tidur rumah sebab dia nak tengok banyak mana amalan Imam Syafe'i time qiyam. Haa teka berapa raka'at Imam Syafe'i qiyam?" aku tujukan soalan pada Kay

Kay angkat bahu

Aku kalih tengok Jenn

"Kosong," Jenn jawap perlahan takut-takut

"Aik, macam mana tau? Kata tadi tak tau?" aku tanya sambil tunjuk dengan sudu

"Ey orang teka jela!" Jenn tepis sudu aku "Betul ke?"

"Hmm, puas member tu tunggu dok tengok Imam Syafe'i tak bangun-bangun solat malam. Sampai la Subuh tak bangun-bangun. Pastu bila Imam Syafe'i dah balik dia pun cakap kat ayah dia lebih kurang, "Ayah, sah dah Ayah lagi wara' pada Imam Syafe'i" sebabnya makan punya banyak, tak zuhud langsung. Pastu solat malam pun tidak, macam mana boleh lagi wara' pada ayah dia," aku berhenti lagi tengok dua gadis depan aku ni

Kemain khusyu' lagi dengar aku cerita
aku pun sambung

"Pastu ayah dia pun cakap sebenarnya Imam Syafe'i dah cakap masa nak balik tadi. Dia cakap dia suka sangat datang sini sebab masa makan semalam dia nampak pada setiap cebisan makanan tu ada keberkatan. Dan masa tidur semalam punya tenang dia tidur dia dapat selesaikan satu masalah umat, yang dah lama dia dok pikir. Last-last time tidur kat sini gak dapat solution dia."

"Haa, masa tu tau lah Imam Ahmad kenapa ayah dia cakap Imam Syafe'i lagi wara' dari dia. Sebab dia lebih mementingkan orang lain. Dia berjasa kepada orang dengan bersusah payah fikirkan permasalahan diorang. Dalam erti kata lain berkorban untuk orang lain. Sebab apa? Sebab kalau solat, kita cuma buat ibadah untuk diri sendiri je. Tapi bila kita berbakti kat orang, pahala dia melibatkan jasa kita kat orang tu lagi. Kena pulak orang tu do'a kan kesjahteraan kita pe sume," aku berhenti
kali ini diorang punya angguk dah macam paham dah
laju semacam je

Aku pun sambung menyuap
saki baki seafood yang ada dalam pinggan

Aku tengok Kay
nampak macam masih berfikir
sambil tangan perlahan je suap spageti
ke mulut

"So kalau ABC* tu jangan lah rasa tak berpeluang nak beribadat. Skop ibadat luas,"
aku sambung

"Banyak benda boleh buat. Kamu tak puasa tolong lah kawan belikan makanan untuk mereka berbuka. Nak pahala lebih sikit, sponsor lah sikit. Kalau time tak cuti, solat terawikh lebih kurang dalam setengah jam kan, so time ABC* allocate lah masa setengah jam tu untuk berzikir dan berdo'a. BUkan tengok TV jer. Ada paham?"

"Yer~," hampir serentak mereka jawap

"Ha dah, habis kan air tu cepat. Dah 7.30 ni, nak solat maghrib pulak. Jangan nak cakap ABC* pulak. Hehe," aku marah-marah manja kat Jenn

"Yela," Jenn tarik muncung

Sambil Jenn hirup perlahan air mangga nya
aku cakap

"Nanti ABC* boleh lah belikan makanan untuk saya eyk?"

Jenn buat mimik muka
kemudian sengih
dan cakap
"Ngade!"



*ABC= Allah Bagi Cuti

Tuesday, September 16, 2008

Mesti Tonton!

"Superb~" - Afdlin Shauqani

"Tadahallah," - Yusof Hasnan

"Cayala beb," - Berta Harian

"Pelacur di jalan gelap," - Harian Metro

"Pergehe," - Jagatraya, penulis blog Aku Macam Mana?

"Filem ini memberi satu nafas baru kepada industri filem tempatan..."- Persatuan Pengeluar Filem Malaya

"Filem ini telah meletakkan industri perfileman kita ke satu standard baru..tahniah kepada kedua-dua pengarah bersama.." - Gabungan Persatuan Karyawan Pemblog

"Filem Melayu terbaik pernah saya saksikan!" - Dammit, pemilik ElectricPopia

"Satu-satunya filem Melayu yang berbaloi untuk ditonton buat masa ini.." - Jaed Bocet, pemenang anugerah pelakon paling boncet tapi kacak

"Saya tak sangka endingnya begitu sekali..entah saya pun tak tahu ending nya macam mana hehe" - Mira Idora, pemenang bintang harapan Anugerah Filem 2008

"Bila kawan saya cakap filem ni best, saya tak percaya. Tapi bila tengok sendiri..lihatlah, rambut saya makin mudah diurus..guna jari pun boleh," - MatematisMuda, Presiden Persatuan Genius Malaya

Prebiu Filem Terhangat Abad Ini

[Sila rujuk entri lepas]

Malam tadi
aku keluar bersama rakan-rakan

Dalam kereta
Dammit tanya aku

"Wei movie kau esok pukul berapa a?"

"Movie?"
aku usha pelik kat dia

"Movie dalam blog kau tu la,"

"Owh, entah. Aku bukan layan sangat cerita melayu neh,"
dan ketawa kami terburai

"Ey tapi tu bukan cerita melayu je dowh,"
dammit cuba berbelit

Aku tengok dia balik
pelik
"Pelakon dia Cina kat Sabah tuh," dia jelaskan
sambil sengih-sengih macam kerang yang susah nak dibuka

"Owh, tak. Kita ikut pengarah dia,"
dan ketawa kami terburai
lagi

Haih



notakaki: Erm dengar cerita episod akhir movie ni terpaksa ditunda..Haih frust lah peminta filem tempatan haha

Monday, September 15, 2008

Movie Paling Hangat Masa Ini

Yang ditunggu-tunggu oleh semua orang
semua berteka-teki
tentang penamatnya
apakah ending nya
bagaimana dengan episod baru?



Jeng! Jeng! Jeng!



Mempersembahkan~




POLITIK MALAYSIA

Sebuah filem keluaran bersama
Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat

Gandingan pengarah mantab
Bapak Izzah dan Pak Lah

Saksikan episod akhirnya 16 september ini!

Saturday, September 13, 2008

Berendam Dan Kentut

Dulu
masa kecik-kecik
kami suka mandi sungai
tak kisah lah
sungai ke
tali air dekat sawah ke
janji dapat berendam
dapat lompat sana sini
dapat terjun sana sini
layan~

Aktiviti kami ini
tak kira bulan
bulan puasa pun
kami bantai berendam gak

Tapi yang paling kelakar kalau ingat balik
kami selalu berpesan
"Wei jangan kentut dalam air tau! Nanti batal,"

Haha

Nak tau lagi pasal benda-benda yang menarik semasa puasa?
nah, Neem ada cerita dekat entri ini
dan penerangannya di entri ini



Selamat membaca!



Tambahan: Aku sangat mencadangkan kalian baca entri Master J yang ini. Dan mamat popia ni punya entri; bukan hanya Ramadhan. Ok?