Thursday, June 2, 2011

Benda Yang Sentiasa Meningkat Naik

Bukan perut lah!

Bukan! Berat badan pun bukan. Hish. Pemikiran negatif sungguh kamu ni haha. Aku bercakap pasal umur lah. Haha. Bunyi sirius ek? Macam Sirius Black gitu. Haha. Erm, cerita ni masa aku memandu dengan seorang kawan lama. Takde lah lama sangat. Busuk busuk pun 5 tahun gak aku kenal dia.

Waktu dalam kereta tu. Aku perasan dia duk tengok aku bawak kereta. Kemudian dia tengok depan, tengok aku balik. Bersilih ganti antara depan dan aku sebanyak dua kali. Aku tanya dia.

"Ko pahal? Hensem sangat ke aku dah potong rambut ni?"

Oh ya, aku tak bagitau dalam blog pun aku dah potong rambut eyk? Aku telah berjaya mencipta rekod peribadi, tak potong rambut selama 6 bulan ++. Muahaha. Fine, tak lama sangat pun. Tapi untuk seorang yang berambut semak seperti aku, tak potong 3 bulan pun dah serabut weh. Muahaha.

Ok, sambung.

Aku tanya gitu sambil tengok kat dia sekejap. Dia tak hensem sangat pun nak tengok lama lama. Tapi kalau dia hensem pun aku tak tengok lama lama. Tengah drive kot.

"Kau dah berubah doh," dia jawap lepas 2.762 saat senyap. Jawapan tersebut disertakan dengan senyuman minta penampar.

"Huh?" Aku jawap style macho gila babengs. Boleh bayangkan? Macho gila kan?

"Aku ingat dulu kau drive laju. Pantang orang cucuk, terus angin." Dia berikan hujah hujah dia. Aku lega. Takut juga kalau dia dok perati aku camtu tadi sebab aku hensem. Huu.

"Ini aku tengok kau dari tadi, maintain 70 80 je bawak. Kau dah berubah betul eyk." Dia sambung.

"Hehe," aku tergelak kecil. Tak sempat aku nak respon, dia dah sambung.

"Ko dah tua doh!" pantas tuduhan melulu ditujukan kepadaku.

"Siyot!" Dia gelak besar.

"Aku bawak camni sebab minyak mahal lah! Dah lah menganggur takde duit sekarang! Ini dengar dengar rege minyak nak naik lagi bulan depan. Mampos." Aku berikan hujah pembelaan atas tuduhan melampaunya tadi.

"A'a minyak nak naik lagi kan," Hujah pembelaan ku berkesan. Jenius!



Oh ya, intro aku tadi silap sikit. Kita bukan nak bercerita pasal umur la. Ini pasal satu lagi benda yang selalu meningkat naik; harga minyak.



notakaki: Entri ni aku taip bulan lepas. Harga minyak tak jadi naik. Aku tulis entri ini, sebab banyak orang gugel 'Harga Minyak Naik Bulan Depan' datang ke entri aku yang lepas.

notapertandingan: Aku dah ada senarai pendek finalis. Isnin depan insya-Allah aku umumkan. Wei korang nak hadiah apa?!?!?! Aku takde idea lagi ni!

4 comments:

Azniza Ambrose said...

kan aku da bagi suggestion!
p/s: serius gle harap aku menang. haha!

Dini said...
This comment has been removed by the author.
Dini said...

gile malu tak jadi anonymouskan diri! omg omg omg. :s

ok. sebagai dini, saya xtau nk bagi cadangan apa. hehehheh

Matematis Muda said...

az,
cdgn anda telah dipertimbangkan ;p

dini,
cadangan yg bagus! i mean, the deleted one hahaha