Hari ini, buat pertama kalinya aku buka blog sendiri semenjak kali terakhir aku apdet hari tu. Hari ni juga buat pertama kalinya aku cek statcounter. Aku sangat terharu sebenarnya. Walaupun tiada apdet hampir sebulan, blog ta hi ini masih ada pengunjung. Walaupun cuma 5 6 orang sahaja sehari. Aku terharu. Aku terharu dan rasa bersalah.
2 3 orang ada bertanya kat formspring, kenapa lama tak apdet. Sejujurnya, aku rasa bersalah bila ada orang tanya macam tu. Aku tak ada sebab yang munasabah untuk kes ketandusan entri di CDR ni.
Dah gua takde idea dah nak buat ayat sayu macam mana haha.
Dekat setengah jam juga sebenarnya gua dok tulis padam tulis padam tulis padam kat sini. Inilah jadinya bila lama tak menulis. Nak dapat feel tu susah. Untuk entri ini, aku nak dedikasikan kewujudan CDR selama beberapa tahun ini kepada 3 orang pemblog paling gua sayang. Sayang muah muah kata orang haha.
Tiga orang tersebut ialah (korang kena baca dengan gaya baca 'calon-calonya ialah') Huzai dengan blognya, Huziology; Kuey-san dengan blognya, Counting the Sand; dan Bawang dengan blognya, b a w a n g m e r a h.
Ya! Kenapa 3 orang ini? Kerana mereka adalah antara pemblog pemblog hebat yang tiada kena mengena dengan aku di dunia luar tetapi tetap setia membaca CDR dari tahun 2008. Ya, 3 tahun lepas. Mac 19 nanti, genaplah CDR berusia 3 tahun.
Dang! Dah tiga tahun aku menulis di CDR.
Sebenarnya bila aku kenang balik, aku selalu ungkit yang aku tak suka bila orang tegur aku dan tiba tiba perkatakan tentang blog aku. Lucu. Aku rasa ia sangat lucu, sebab waktu awal awal berblog dulu, aku pos di frenster (waktu tu tak femes lagi fesbuk) mengatakan bahawa "Aku kini seorang pemblog, *url CDR*". Kemudian aku expect pengunjung CDR hanya akan baca dan tidak kaitkan dengan aku di luar dunia maya. Walhal, sah sah lah yang datang membaca ialah kawan kawan yang baca status ku di frenster dahulu. Maka, sah sah lah mereka kenal aku dan akan eksaited bila jumpa aku untuk beritahu "Hey, aku baca blog kau. Blog kau best gila lah!". Kan?
Memang tak lojik lah kalau kau bagitau kawan kawan tentang blog kau tapi kau tak nak mereka baca. Ish ish ish lucu lah aku nih. Ihiks. ;p
Tapi tak mengapa, orang jenius memang lambat matang. Jadi sekarang, setelah tiga tahun berblog, aku dah tak kisah sangat kalau kawan seuniversiti hatta sekelas sekali pun yang datang komen di sini. Dah matang kan?
Eh, bagaimana dengan tiga pemblog tadi? Tak apa lah. Apa kata kalian berikan mereka satu lawatan. Cekidaut!
Oh ya, aku juga sangat menghargai pembaca pembaca lain, baik yang baca secara senyap apatah lagi yang dengan susah payah nya meninggalkan komen sepatah dua kata. Well, aku pernah cakap benda ni dulu. Lain orang lain tujuan mereka menulis. Aku, menulis dengan niat untuk berkongsi. Jadi apa kejadahnya kalau aku menulis tak mengharapkan orang baca. Kan?
Jadi, jutaan terima kasih kepada semua pengunjung CDR! I love u olz very the much oqeh.
5 comments:
kali ni, baca entri ni nak dekat pat lima kali jugak. scroll atas bawah hahahahaha
eh, 19? mine is 23!
Rasa macam baca ucapan Grammy Award pulak.
"Jadi, jutaan terima kasih kepada semua pengunjung CDR! I love u olz very the much oqeh."
Wow! (O_O)
alololo...
dan2 la kau nak thanks segalabagai..
bawang,
oi awat private blog! invite ah!
kuey,
itu namanya lari tune. haha
kukubesi,
kau kuku besi apa tau. aku kuku normal. hahahaha
hahahahah!
dah dah
orang dah open to public dah :P
Post a Comment