Wednesday, March 30, 2011

Pagi Tadi

rumet aku kata
malam tadi aku ngigau

Kemudian dia tanya
"Kau penat sangat ke sampai ngigau ngigau ni,"

Aku tersenyum comel
"Rasa comel cam baby lak penat sampai ngigau,"

"Hihi," aku gelak comel.



notakaki: Esok bermulanya peperiksaan akhir semester. Ini semester terakhir. Bermakna, selepas ini tiada lagi peperiksaan akhir semester. Sangat emosi.

Sunday, March 27, 2011

Aku Dah Bersiap Baring Atas Katil

nak tidor

Tapi lampu masih terbuka
suis kat muka pintu
lebih kurang 7 langkah dari katil aku

Jauh tu

Tengok katil sebelah
kosong
mana hilang entah rumet aku sorang ni

Baring lagi
tengok siling
tengok kipas berpusing

Ah pening

Tarik selimut

Tiba-tiba aku dengar bunyi manusia baru balik
segera kulihat dimuka pintu siapa yang lalu

Sebaik nampak kelibatnya
aku pun panggil

"Miyut (bukan nama sebenar), miyut,"

Miyut julur kepala dari balik tirai pintu

"Kau dari mana?"
aku tanya

"ECM,"

"O, ok," aku kembali baring

"Tu je?" Miyut tanya tak puas hati

"Hee," aku senyum comel kat Miyut
"tolong tutupkan lampu,"

"Cet," Miyut kata sambil petik suis lampu
dan beredar

Wednesday, March 23, 2011

Majlis Resepsi Amir Dan Syaima'

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Majlis Resepsi Amir & Syaima

Aku baru install photoshop kat laptop aku. Tu yang tiba tiba rasa nak mengedit gambar. Ni gambar kawan aku, Amir kahwin. Kawan jiran sejak kecik. Dulu tiap tiap tahun kitorang mesti plan satu trip piknik kat mana mana sungai berdekatan sambil bbq. Tapi lepas masing masing dah habis belajar, ada komitmen kerja, dah tak buat dah. Main futsal pun dah jarang jarang. Hehe.

Oh ya, dua gambar last tu adik dia main lagu untuk beliau yang menyentuh pelusuk qalbu beliau. Yang gambar last tu aku edit agak huru hara gak jadinya. Tapi peduli lah, bukan dia bayar aku pun hahaha.

Anyway Amir, semoga kau dan isteri dirahmati Tuhan selalu dan dipanjangkan jodoh hingga ke syurga.


notakaki: Semua gambar aku ambil guna kamera dijital SX 200i aku.

Friday, March 18, 2011

Preskripsi

Entri ni dah dekat sebulan duduk dalam draft.

Hari ini, buat pertama kalinya aku buka blog sendiri semenjak kali terakhir aku apdet hari tu. Hari ni juga buat pertama kalinya aku cek statcounter. Aku sangat terharu sebenarnya. Walaupun tiada apdet hampir sebulan, blog ta hi ini masih ada pengunjung. Walaupun cuma 5 6 orang sahaja sehari. Aku terharu. Aku terharu dan rasa bersalah.

2 3 orang ada bertanya kat formspring, kenapa lama tak apdet. Sejujurnya, aku rasa bersalah bila ada orang tanya macam tu. Aku tak ada sebab yang munasabah untuk kes ketandusan entri di CDR ni.



Dah gua takde idea dah nak buat ayat sayu macam mana haha.

Dekat setengah jam juga sebenarnya gua dok tulis padam tulis padam tulis padam kat sini. Inilah jadinya bila lama tak menulis. Nak dapat feel tu susah. Untuk entri ini, aku nak dedikasikan kewujudan CDR selama beberapa tahun ini kepada 3 orang pemblog paling gua sayang. Sayang muah muah kata orang haha.

Tiga orang tersebut ialah (korang kena baca dengan gaya baca 'calon-calonya ialah') Huzai dengan blognya, Huziology; Kuey-san dengan blognya, Counting the Sand; dan Bawang dengan blognya, b a w a n g m e r a h.

Ya! Kenapa 3 orang ini? Kerana mereka adalah antara pemblog pemblog hebat yang tiada kena mengena dengan aku di dunia luar tetapi tetap setia membaca CDR dari tahun 2008. Ya, 3 tahun lepas. Mac 19 nanti, genaplah CDR berusia 3 tahun.

Dang! Dah tiga tahun aku menulis di CDR.

Sebenarnya bila aku kenang balik, aku selalu ungkit yang aku tak suka bila orang tegur aku dan tiba tiba perkatakan tentang blog aku. Lucu. Aku rasa ia sangat lucu, sebab waktu awal awal berblog dulu, aku pos di frenster (waktu tu tak femes lagi fesbuk) mengatakan bahawa "Aku kini seorang pemblog, *url CDR*". Kemudian aku expect pengunjung CDR hanya akan baca dan tidak kaitkan dengan aku di luar dunia maya. Walhal, sah sah lah yang datang membaca ialah kawan kawan yang baca status ku di frenster dahulu. Maka, sah sah lah mereka kenal aku dan akan eksaited bila jumpa aku untuk beritahu "Hey, aku baca blog kau. Blog kau best gila lah!". Kan?

Memang tak lojik lah kalau kau bagitau kawan kawan tentang blog kau tapi kau tak nak mereka baca. Ish ish ish lucu lah aku nih. Ihiks. ;p

Tapi tak mengapa, orang jenius memang lambat matang. Jadi sekarang, setelah tiga tahun berblog, aku dah tak kisah sangat kalau kawan seuniversiti hatta sekelas sekali pun yang datang komen di sini. Dah matang kan?

Eh, bagaimana dengan tiga pemblog tadi? Tak apa lah. Apa kata kalian berikan mereka satu lawatan. Cekidaut!

Oh ya, aku juga sangat menghargai pembaca pembaca lain, baik yang baca secara senyap apatah lagi yang dengan susah payah nya meninggalkan komen sepatah dua kata. Well, aku pernah cakap benda ni dulu. Lain orang lain tujuan mereka menulis. Aku, menulis dengan niat untuk berkongsi. Jadi apa kejadahnya kalau aku menulis tak mengharapkan orang baca. Kan?

Jadi, jutaan terima kasih kepada semua pengunjung CDR! I love u olz very the much oqeh.

Tuesday, March 15, 2011

Ukur Baju Badan Sendiri

Alah kita duk sibuk nak cari emas permata berlian zamrud bagai, kita ni layak ke nak pakai benda tu semua.

Entahnya. Baju compang camping kalau pakai emas mesti orang tuduh emas curi kan.

Haa, sebab tu lah kena kemas kan penampilan sebelum nak cari emas permata.



Masih bajet deep.

Wednesday, March 9, 2011

Emas Permata

"Kalau kau nak cari emas, kena cari tempat yang betul. Kat lombong emas. Barulah boleh jumpa emas,"

"Jangan cari kat longkang. Cari kat longkang, kena harap nasib je baru boleh jumpa. Kalau jumpa pun belum tentu emas asli,"

"Tapi sekarang emas tak banyak. Yang banyak, permata. Berlian. Masalahnya, susah nak bezakan antara kaca dan berlian kalau diorang duduk selonggok,"

"Hanya jauhari kenal manikam,"



Masing masing bajet deep bila borak tajuk pasangan hidup.

Monday, March 7, 2011

Randomness

Tengah jalan jalan tengah bandar. Tiba tiba aku tanya member kat sebelah.

"Kau rasa kat area ni, kat mana ada tandas?"

Dia tengok aku. Curiga.

"Entah. Aku rasa bangunan depan ni ada kot," dia tunjuk satu bangunan dalam 30 meter di depan kami.

"Oh," aku kata pendek. Kebetulan kami lalu sebelah kedai paling popular di Malaysia, seven-ee, aku melangkah masuk untuk dapatkan surat khabar percuma The Sun.

Keluar dari seven-ee, aku terus berjalan. Kawan aku tadi datang dari belakang dan tanya.

"Kau tanak pergi tandas ke?"

"Tak,"

Dia diam seketika. "Habis tu? Tadi? Bengong! Bapak random gila soalan kau!"

Aku tak pasti, dia tanya, atau dia bagi ayat penyata jadi aku tak bagi jawapan ataupun respon.



notakaki: Takde orang cakap rindu kat aku pun ):

notakakilagi: Comel tak bila aku buat emoticon gitu? Comel kan? Comel kan? ;p

Wednesday, March 2, 2011

Hai kawan kawan, apa khabar semua? Harap harap semu sihat lah ye.

Wahahahahaha tempoh paling lama aku tak apdet blog. Jadi sedikit okwed bila apdet ni.

Justeru.
Untuk kurangkan rasa okwed.
Kita takyah tulis panjang panjang.
Setuju?
There’s time to live there’s time to die, when it’s time to meet your maker.
There’s time to live, isn’t it strange, that as soon as you born you’re dying.

Antara band paling feveret, paling best, paling superb.

Sekian, jumpa lagi di entri seterusnya.


notakaki: Baik kaorang cakap kaurang rindu sama aku, kalau tak aku tamo apdet dah. Macam tak menakutkan je ugutan ni. Cakaplah eh. Penting untuk self-esteem aku tau. Muahaha.