Tuesday, August 2, 2011

Kem Motivasi Ramadhan: Azam

Alhamdulillah. Bertemu lagi kita dengan bulan Ramadan. Hah, Ramadhan ke Ramadan? Hehe.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas lepas. Ameen.



Lama aku tak apdet secara proper. Rasa canggung pula hihii.


Baiklah. Let's start talking.

Aku tengah menganggur sekarang. Masih. Belum ada rezeki.

Jadi bila menganggur ni, memang boring dok rumah. So, setiap waktu memang ada peluang untuk pergi masjid jemaah.

Semalam, 1 Ramadhan, zohor, macam biasa pergi masjid. Yang tak biasanya, ialah jumlah yang hadir kali ini. Aku kira tadi, ada 7 saff lebih. Selalu 3 saff je max. Wah, peningkatan yang memberangsangkan.

Tapi, benda benda macam ni buat kita terfikir. Aku terfikir. Syukur, ramai yang ada kesedaran untuk cuba menjadi lebih baik di bulan baik ini. Ada yang mula ke masjid. Ada yang mula berjinak dengan tudung. Ada yang cuba berhenti merokok. Mula membaca quran.

Tetapi, sayang seribu kali sayang. Biasanya, habis ramadhan, habis syawal, habis semua amalan tadi. Bukan hendak mengutuk. Tapi peringatan. Untuk kawan kawan, dan yang paling penting, untuk aku sendiri.

Islam ni agama yang cukup cantik. Kita ada waktu waktu untuk recaj iman kita. Setiap tahun, Tuhan peruntukkan satu bulan untuk kita recaj iman dan amalan kita. Ramadhan. Setiap minggu, Tuhan peruntukkan satu hari untuk kita recaj iman dan amalan kita. Juma'at. Setiap hari, Tuhan suruh kita solat lima kali dan kita perbahurui syahadah kita waktu tahiyyat. Mengingatkan kembali siapa kita ni. Muslim.

Habis tu, apa jadi waktu tak caj?

Bateri kong terus? Haha.

Nah, baca entri ni untuk faham lebih lanjut isu caj caj bateri ni. Hehe.

Jadi, aku pun ada tulis dah tahun tahun lepas pasal kem motivasi ni. Malas nak cari balik. Tapi takpe, kita tulis lagi sekali, untuk ingatkan diri sendiri, lagi sekali.

Aku rasa kita patut buat satu azam. Matlamat. Target. Waktu Ramadhan kita nak buat begini begini begini. Dah habis Ramadhan kita nak maintain macam mana.

Contoh, waktu Ramadhan kita pergi masjid 3 waktu sehari; Subh, Maghrib, Isya. Lepas Ramadhan kita harap dapat pergi masjid paling kurang sekali sehari.
Bulan Ramadhan baca quran sejuzuk sehari. Lepas Ramadhan kita harap paling kurang 5 muka sehari. Lebih kurang gitu lah.

Mantab tak? So, ayuh! Mari tanam azam. hahahaha


Ramadhan Mubarak! Apa azam korang sempena Ramadhan tahun ni? Azam yang harapnya dapat dilaksanakan lepas habis Ramadhan nanti.

Answer here



notakaki: Lama tak menulis, tiba tiba rasa macam pakar motivasi plak hahaha.

1 comment:

kinawa said...

"Jadi bila menganggur ni, memang boring dok rumah. So, setiap waktu memang ada peluang untuk pergi masjid jemaah."

Dah kerja lagi lah kena jaga solat jemaah. Jangan duk boring sangat hidup kat dunia ni, nanti dah mati minta ngn Tuhan nak hidup balik sbb nak beribadat. hehe