Wednesday, March 26, 2008

Ampun Tuanku

terdahulu di Perlis
heboh
institusi di raja mahu memilih menteri besar nya sendiri
tidak mahu baginda kepada
patik-patik yang dipilih memanda perdana menteri
baginda punya pilihan sendiri
terkini di Terengganu
dua kuasa tiga, lapan
juga punya pilihan sendiri
yang pasti pilihan tuanku
tidak secocok dengan pilihan
memanda perdana menteri
justeru
patik yang hina lagi bodoh ini
mencadangkan
lain kali tidak perlu
bazirkan duit tenaga dan air liur
canangkan sahaja
"tahun ini beta akan melantik si polan bin si polan sebagai menteri besar untuk negeri beta.
tidak perlu kalian-kalian rakyat beta pergi mencalon, berkempen, membuang undi mahupun mengira undi kerana beta tidak mahu rakyat beta bersusah payah membuang masa"
ampun tuanku beribu ampun
andai warkah patik ini berbaur durhaka
bukan niat patik berlaku sumbang
cuma terkilan dikala sibuk
dihimpit jadual peperiksaan

My Beloved Friend

22 haribulan
malam sebelum peperiksaan akhir semester
kertas '
Islam, Knowledge & Civilization'
aku tanya rakanku
berkira-kira untuk diskusi soal-jawab
"bagi aku punca-punca kejatuhan sesebuah
civilization?"
"aku bagi satu je, kau" dia jawab
dan dia sengih
satu penumbuk hinggap dipipi kirinya
tanganku sakit
pipinya lebam
oh itu cuma dongengan dalam kepalaku
tamadun aku yang hanya aku boleh jatuhkan
ya, aku sudah bersedia untuk peperiksaan esok
oh terima kasih kawan untuk jawapanmu
aku suka kamu

Wednesday, March 19, 2008

Hari Kejadian

dengan lafaz bismillah aku memulakan blog ini
entri pertama ini aku tak bercadang untuk berceloteh panjang
cuma aku akan beritahu mengapa aku ber'blog' (atau mengeblog wujudkan perkataan ini?)

tujuan aku berblog bukanlah kerana aku ingin memperbaiki bahasa melayu atau bahasa inggerisku
bukan juga ingin berkongsi idea dgn umum
mahupun untuk meraih pendapatan
yang aku tahu aku gatal nak berblog
aku gatal untuk melibatkan diri dalam blogosfera bahasa melayu

walaupun sekarang musim peperiksaan akhir semester2
tapi aku tetap gatal untuk memulakan sesuatu yang aku tidak tahu tujuannya
sekian